Simposium ILHAM: Dilema Realiti – Penanda Emosi dalam Arus Sejarah

Dengan kerjasama The Cube Project Space (Taiwan), Lostgens’ Contemporary Art Space dan Rumah Attap Library & Collective (Malaysia), Reality in its Double Bind adalah simposium selama dua hari yang menghimpunkan kurator, pengkritik, penyelidik dan artis dari Taiwan, Malaysia dan Singapura.

Simposium ini dibuka kepada orang ramai.

“Kesan peperangan, yang dirasai melalui tubuh kita, telah menjadi sebahagian dari sejarah nasional, keluarga dan peribadi. Pendeknya, masih terdapat peperangan dingin di dalam sanubari kita.”

Kuan-Hsing Chen, Asia as Method: Toward Deimperialization (2010)

Setiap titik permulaan sebuah kronologi oleh sejarahwan tentu sahaja wujud padanan titik pengakhiran, namun pengalaman lampau ketara berlarutan sehingga kini, istimewanya trauma peristiwa lalu. Apabila menyentuh tentang masa kini, sama ada dalam manifestasi sejarah, memori, kelupaan dan kengerian; titik persamaan yang dikongsi dalam bentuk-bentuk di atas membenarkan ungkapan kata dari Filip Müller, mangsa Holocaust yang terselamat: “Untuk mengingati, kita harus berimaginasi.”

Dilema Realiti ialah sebuah simposium yang mengambil pendekatan dialektik terhadap sejarah terkini Perang Dingin menerusi praktik artistik inter-disiplin kontemporari. Simposium ini terhasil dari persoalan-persoalan kritikal secara kolektif inisiatif dari kurator Amy Cheng dalam pameran beliau yang bertajuk Towards Mysterious Reality (2016, Taipei) yang bertujuan untuk mengembangkan lagi ruang lingkup perbualan semasa pameran untuk membentuk pertukaran diskursif di antara artis dan ilmuwan, gabungan pelbagai disiplin, pengolahan kreatif, isu-isu kontemporari dan dimensi estetika dan pensejarahan.

Pada tahun 1974, Malaysia telah mementerai hubungan diplomatik bersama Republik Rakyat China mengiktiraf negara republik tersebut sebagai repesentatif kerajaan China. Peristiwa ini membayangi hubungan yang merenggang di antara Republik Rakyat China dengan Taiwan, yang tidak diiktiraf sebagai sebuah negara bebas. Dalam tahun yang sama juga, pameran Towards Mystical Reality, a Jointly Initiated Experience, yang dihasilkan oleh Redza Piyadasa dan Sulaiman Esa, berlangsung di Sudut Penulis, Dewan Bahasa dan Pustaka, institusi bahasa dan budaya Malaysia. Ia merupakan sebuah anjakan paradigma di dalam praktik artistik kontemporari Malaysia, di mana ia menjadi rujukan langsung terhadap tajuk pameran – Towards Mysterious Realities. Dengan mengetengahkan subjek Perang Dingin sebagai naratif visual di dalam seni kontemporari, simposium ini berpaksikan dua momen di tahun 1974 dan merungkai tahap relevan mereka melalui tiga perspektif yang saling berkaitan – penyahjajahan (decolonization), nyah-Perang Dingin (de-Cold War), dan implikasi kapitalisma.

Bicara artis di simposium ini mengungkap sebuah percubaan secara kolektif untuk mempertimbangkan semula projek nyahjajahan yang didefinasikan sejak pembebasan negara bangsa selepas Perang Dunia Kedua, digugat oleh peningkatan kebimbangan terhadap gerakan anti-komunis Perang Dingin melalui peristiwa-peristiwa perang saudara di serata Asia, dari Perang Korea (1950-1953) sehingga Perang Vietnam (1955-1975). Dengan meletakkan proses sejarah dalam perspektif, perbincangan akan menyentuh pengaruh Perang Dingin di Asia yang dilihat melalui naturalisasi bantuan-bantuan Amerika di atas kepentingan memperkuatkan strategi barisan hadapan perang, yang perlahan-lahan dirungkai sebagai pembangunan yang diteraju negara (state-led). Dilema Realiti ialah komporatif trans-disiplin yang bukan hanya mengangkat relevan pemikiran sosial di dalam praktik artistik, ia juga sebagai respon terhadap desakan politik untuk mengaitkan perdebatan estetika ini dengan pertumbuhan minat terhadap Perang Dingin di Asia, terbukti memlalui projek One Belt One Road oleh Republik Rakyat China dan pembukaan semula pengkalan tentera laut Amerika di Subic Bay, Filipina.

(gambar: Anthony Lau, Sea Harvest | Hasil Laut, 1968, Metal, 63 x 30 x 30 cm)

Event Dates

Venue

Website

For Enquiries

Scroll To Top