search web kakiseni
[ go ]

member login

register now | why register?
registration/login problems?



BOH Cameronian Arts Awards

"An artist is a creature driven by demons. He doesn't know why they choose him and he's usually too busy to wonder why."

- William Faulkner

Notice Board

Kelas berlakon paling komprehensif & lengkap dalam industri

Need actors for main roles and supporting roles

Theatre sabotage notice

"personal music class "&"acoustic band for live shows or events"

"sessionist services" / wanted urgently !""female pianist cum singer" + female singer cum guitarist"

Needs electric keyboards homes tutor for the beginner...

Indiaspunk! royal charity gala dinner with miss asia world 2008, tanya bhaterjee

Indiaspunk! royak charity gala dinner with miss asia world 2008, tanya bhaterjee

Piano/ vocal lessons

Looking for stage manager - school production

You are not logged in.
articles

"Sendat dan seksi"


Revenge


That's why they call it hair metal

Reptilia

Syed Yusof Jamalulail memberi ucapan sebelum acara pelantikan ahli-ahli baru kumpulan SYJ

 View on a single page

22. 05. 2008
Rock and Rebellion in Malaysia by Nur Hanim Khairuddin

Selain acara Kuala Lumpur Alternative Book Fair (KLABF) dan Art For Grabs pada 4 Mei 2008 di Annexe, Central Market yang dibondongi majoritinya manusia-manusia urban, aku tak dapat tidak menolak godaan yang  melolong memanggil-manggil dari ‘upacara’ Tribute To Rock Kangkang Part 2 yang berlangsung di tingkat dua.

Setelah menjenguk KLABF dan menyambar dua buah buku bekas (yang diberi percuma kepada pengunjung) serta penerbitan-penerbitan terkini seperti Aweks KL, Stormkitchen, Keganasan, Penipuan Internet oleh Hishamuddin Rais dan ‘Social Roots of the Malay Left’, karya Rustam Sani (Al-fatihah), dan 10 x 10: 100 Minutes to Change the World, terbitan Kakiseni, aku ke tingkat teratas untuk menjenguk pula 'Art For Grabs' yang menyediakan jualan-jualan seni dan kraftangan tidak melebihi harga RM100 satu.

Di situ ada Jerome Kugan mempromosi album terkini, ada Pang ke hulu ke hilir menjadi mandor, ada makcik Cina tua membuat demonstrasi kraf angsa dari tin minuman, beberapa anak muda melakar dinding (teringat pula aku tentang kes Rahmat Haron melakar sepanjang dinding Annexe sebagai seni performansnya yang menjadi isu pihak pengurusan beberapa tahun lalu) dan berpuluh gerai yang menjual produk-produk seni dan kraf. Seusai membeli beberapa helai t-shirt dari gerai pelukis/pemuzik Fathul dan menempah cetakan tee dari gerai Food Not Bombs, aku dan suami terus meluru ke ruang yang melambai-lambai kepada kami sejak tadi.

Kami membeli tiket RM20 seorang, disarungkan gelang getah hitam oleh bouncer di pintu masuk (secara peribadi aku lebih suka dicop di pergelangan tangan kerana memakai pengikat sebegitu membuatkan rasa semacam bahan komoditi pula) dan terus bersedia dibingitkan dengan ngauman desing amplifier dan jeritan  vokalis kugiran-kugiran rock kangkang yang juga dipanggil rock kapak.  Walaupun terlepas beberapa band, aku tidaklah begitu hampa oleh kerana kebiasaannya band-band yang terbaik akan disusulkan di bahagian penghujung untuk memastikan khalayak tunggu hingga ke akhir gig.

DULU

Melalui sendiri dunia remaja dalam zaman kebangkitan rock tahun 80an, aku tenggelam dalam nostalgia yang penuh euforia bila lagu-lagu top dendangan kumpulan Bloodshed, Crossfire, Handy Black, Wings, Metallica dan Loudness dimainkan semula oleh band-band pelapis tersebut. Aku hanya sempat mengikuti perkembangan Battle of the Bands pada 1986 dan seterusnya  banyak ketinggalan akibat singgah beberapa tahun di negara luar. Namun tetap dapat aku bayangkan suasana yang melatari alam rock Malaysia dengan penganjuran festival-festival hebat seperti Clash of the Bands, Rock Galactica dan War Rock sekitar 1986-1988.

Sebahagian rockers totok  tampil dengan celana warna-warni paling sendat dan seksi, singlet tompok rimau bintang, but mahupun kasut Warrior dan Nike high-cut dan sudah pasti dengan rambut yang samaada panjang menggerbang atau pun didandan ala stail glam-metal ahli-ahli Motley Crue dan Kiss. Secara global, ketrampilan para rockers glam yang taksub dengan stail rambut yang diset istimewa sebegitu mewarnai persada dunia muzik metal suatu ketika dahulu sehingga membawa kepada pelabelan muzik ini sebagai ‘hair metal’.

Di Malaysia sendiri, penampilan kumpulan-kumpulan rock yang berambut panjang mencetuskan bantahan daripada segelintir masyarakat umum dan mendorong kepada pihak kerajaan menghadkan penampilan imej yang dianggap tidak sesuai bagi saluran media kerajaan bermula pada tahun 1988. Langkah ini termasuk tidak membenarkan kumpulan yang berpakaian tidak rapi atau berambut panjang ditonjolkan dalam media kerajaan seperti Radio & TV Malaysia (RTM) kecuali sekiranya mereka bersedia memotong rambut dan berpakaian kemas. Justeru demi mengelakkan digam pihak RTM serta membuka kembali tutup periuk nasi mereka, maka terpampanglah adegan-adegan Tok Mat (Menteri Penerangan di waktu itu) memotong rambut ikal Amy Search dan Awie Wings di kaca tivi.

KINI

Acara anjuran Revenge Army dengan sokongan ROTTW sebagai majalah rasmi ini menampilkan band Reptilia, Tornado, SYJ, Raizhobium, Rock n Roll John dan Corn Cake. Penampilan kumpulan Revenge sebagai band undangan sememangnya tepat bilamana mereka didapati membuat persembahan yang paling bertenaga, bukan sahaja dari segi muzik dan nyanyian malah unsur seni pentas yang menarik dengan gerak serta gaya setiap  ahlinya.

Antara detik-detik yang menjadi memori di dalam gig ini mungkin tatkala para rockers yang  kebanyakan sudah bermandi peluh dengan aksi head-banging diminta bertafakur seketika untuk menyedekahkan Al-Fatihah kepada drummer asal SYJ, Syed Nor Eduat yang telah pergi mengadap Ilahi pada penghujung tahun lepas. Sejurus ucapan ‘Amin’, upacara pelantikan ahli-ahli pelapis baru SYJ oleh Syed Yusuf Jamalulail, otai penting dalam industri rock negara dimulakan. Kumpulan SYJ yang berasal dari Ipoh, Perak mulai dikenali ramai setelah menyertai Battle Of The Bands (1986) di Pulau Pinang. Mengambil nama sempena pengurus mereka Syed Yusuf Jamalulail, SYJ mencetuskan kontroversi dengan imej bermekap tebal dan muzik keras. Namun imej dan gimik mereka itulah yang membuatkan mereka sangat masyhur di kalangan 'hard core rockers' negara pada masa itu. Dibubarkan dan bertukar nama kemudiannya kepada nama baru Sofea dan merubah imej ke irama yang agak perlahan.

SELAMANYA…

Rock dalah sejenis genre subkultural. Kultus songsang pasifistik kelahiran impian ‘chaotic’ yang terlentang di tengah gelanggang jelata. Menghamilkan kebebasan ekspresi diri dari segala rencah perancangan, moral, karma, ingatan mahu pun kehendak orang lain. Renung dari sifat material, ia semacam satu kotak kecil pandora yang padat sarat sesak dengan pemikiran-pemikiran pascamodenisme dan eksistensialisme. Ada mara bahaya, ada riang-ria menggelupur menanti saat meloncat keluar tika dikuakkan hijab. Di dalamnya terkandung tartib-tartib cara memasuki arus hidup perdana. Adalah meta-teori kepada politik dan sosiologi masyarakat dalam sudutpandang warga muda. Datanglah apa jua pancaroba, ujian dan dugaan, tidak akan lebur akidah keyakinan yang dirasakan mampu menunda jasad-batin manusia ke sebuah dunia yang ‘cantik’; meski cuma pada pandangan mereka, meski cuma berilusikan keseronokan menyongsangi pendapat umum, meski cuma berfantasikan keangkuhan melintangi realiti publik.

Rock Kangkang ini adalah budaya cyclical yang akan terus bercambah mengikut peredaran dan konteks zaman kontemporari. Dekad ini menyaksikan kebangkitan semula genre muzik yang penuh warna-warni ini. Kemunculan Sweet Charity di PWTC, Wings di Planet Hollywood dan harap-haraplah Search dengan konsert meganya tidak lama lagi, bakal menjadi saksi.  “Majulah Rock Untuk Negara” bak kata si Jijo Rimba Bara dalam  filem ROCK *(www.kakiseni.com/articles/reviews/MDgwMA.html#top).

~

*Pengarah filem ROCK, Mamat Khalid akan berada di YKP Ipoh untuk acara Gebang Seni pada 30 Mei 2008 (Jumaat, 8 malam). Telefon 05 5484150 untuk keterangan lanjut.

 
Nur Hanim Khairuddin rocks! She also writes, curates, and creates.

 View on a single page

User Comments

posted by Rocker Sungai Long, Fri 30.05.200804:09:52 AM
Looking at the title, I tot Hanim is writing in English, which is kool, but I could feel more with her Malay writing, which is beautiful, tangkap lentok tangkap cayalah lu! In fact it was after reading Hanim's piece on Mamat Khalid film, Rock, that I went to see that film in Metroplex in Kajang, memang tangkap lentok dan caya abis menonton dengan Melayu-Cina-India kajang, lepas tu pegi makan Satay Kajang. Bak kata Susan Lanchester dalam filem Mekanik arahan Othman Hafsham, "Melayu ke Cina ke Mat Salleh ke, semua I tak kisah". Hidup Malaysia!!!

 

posted by Kathy , Tue 27.05.200811:10:20 AM
Kakiseni is the only arts magazine which covers the arts in both English and Malay, and we've done so from the very start. Our BM articles generate a lot of traffic and comments. Since all Malaysians who've been thought the public education system (and many who have not) read Malay, its actually the more accessible language, and if a dialogue is to be had that was to be inclusive rather than exclusive, Malay would, theoretically, be the language to do it in. Which does not solve your problem I'm afraid Yusuf, nor other non-Malaysian supporters of the local arts scene. I can only say that we still carry a majority of our articles in English, so we're not leaving you out too much. And I think you can still be part of the conversation. Speaking the local language is not the most important qualification needed to be part of the discussion about what/who we are as artists. I know plenty of people who speak perfect 'Malaysian'-Malay-English and yet have nothing interesting to say about any-thing.

 

posted by Bole Lagi, Mon 26.05.200811:45:22 AM
Aku tak nak coment artikel ni dh paham dah,
yang bengongnye pengirim komen (yasmin)
ape yang susahnye..bhs melayu ni...belajala
bukan susah, mat bangla dtg Msia baru seminggu dah bole paham bahase melayu...tak susah..cume kamu tue malas je jadi janganla beri alasan remeh

 

posted by Yusuf Martin, Sun 25.05.200819:35:19 PM
Ok, yes I understand what you are saying, and yes it would be one answer to learn Malay.

However to reach a wider and more diverse audience it would help Malaysia and Malaysian Arts to have a dual dialogue - in Malay and also in English.

While I certainly agree that learning Malay would help me on a personal level I think that having a dual dialogue would ultimately help bring this country into the global forum of Arts.

 

posted by Fahmi F, Sun 25.05.200815:40:09 PM
Tahniah Sdri Hanim, sekali lagi satu cetusan minda yang cukup mantap, exciting, incisive.

On the matter of language, well, I feel to resolve it we'll have to think of reading the article like you're going to a performance, and then not understanding what they're saying... so talk to someone who does understand and help expand the discourse. Or, refer to the parallel performance of the pictures... or just try to learn the language :P


Majulah penulisan untuk semua!

 

posted by Yusuf Martin, Fri 23.05.200816:04:27 PM
Readers say: (Dey, get real!)
I was looking forward to reading this article but sad for me it was in Malay, not english.

 

Related Links

print | e-mail to a friend | post comment